Anda kerap merasa ramai lelaki jatuh cinta pada anda? Jika perasaan itu ada pada tahap tertentu, kemungkinan anda penghidap erotomania. Gawat uolss!!! Gawat bangat!!!
Aku kasi cth...si minah nama Tasha ni...
Entah atas dasar apa, Tasha, 26 tahun, merasa majikan dan beberapa orang kliennya jatuh cinta padanya. Menurutnya, orang-orang itu selalu memberikan perhatian lebih, seperti selalu bersikap ramah dan siap membantu bila diperlukan. “Mereka pasti tertarik pada saya,” ujarnya dengan nada yang penuh yakin.
Ternyata, semua itu cuma bayangan Tasha. Yang lebih menyedihkan, sikap yang berlebihan itu ternyata bukan sekadar perasaan besar rasa atau perasan. Kononnya Tasha diduga menderita erotomania!
Menurut Gaetan Gatian de Clerambault, seorang pakar jiwa dari Perancis, erotomania adalah salah satu penyakit jiwa yang dideritai oleh seseorang yang merasa dirinya dicintai oleh seseorang, padahal kenyataannya tidak. Wah, kasihan juga sebenarnya! Inginnya dicintai dalam erti kata sebenarnya, tapi ternyata semua fikiran itu hanya sebuah impian belaka.
Jika anda mengenali gejala ini pada orang-orang yang terdekat atau bahkan anda sendiri, Variasari sarankan untuk segera membaca artikel ini hingga habis.
Ilusi
Erotomania berasal dari bahasa Yunani, eros (ertinya cinta) dan manic (ertinya berlebihan). Jadi erti harafiahnya adalah cinta yang berlebihan.
Pengidap erotomania yakin bahawa seseorang mencintai diri, padahal pada kenyataannya hal itu tidak terjadi. Lebih jauh, seorang erotomania mempunyai pemikiran bahawa dia boleh mempunyai hubungan batin dengan orang yang mencintainya itu. Dalam ilmu kejiwaan, erotomania merupakan gangguan yang dipengaruhi oleh ilusi atau isi fikiran yang tidak sesuai dengan kenyataan.
Umumnya, penderita erotomania jatuh cinta dengan orang yang mempunyai status sosial lebih tinggi dari dirinya, misalnya selebriti, politikus terkenal atau public fugure lain. Namun orang-orang biasa juga boleh jadi objek seorang erotomaniak. Objeknya kadang-kadang tidak cuma satu, tapi banyak dalam waktu yang bersamaan. Dalam tahap yang parah, erotomaniak tidak perlu hubungan langsung dengan seseorang untuk menyangka orang itu jatuh cinta padanya. Dia boleh saja mengkagumi seorang personaliti tv, dan menganggap semua yang dikatakan oleh personality itu ditujukan pada dirinya. Dia juga merasa diperhatikan, dan menganggap personality itu jatuh cinta padanya.
Fantasi tinggi
Erotomania pada kadar yang rendah terkadang terlihat tumpang tindih dengan sifat perasan pada umumnya. Hanya ada beza nipis antara erotomanic, narcistic dan orang yang mempunyai kepercayaan diri terlalu tinggi (atau perasan). Ketika bertemu dengan orang seperti ini, anda akan sukar membezakan mana yang sebenarnya erotomaniak atau sekadar perasan.
Kalau cuma perasan, semua orang pasti pernah mengalaminya. Perasaan ini biasanya juga cuma sesaat. Tapi lain halnya dengan penderita erotomania yang akan terus memupuk fikiran dan perasaannya sedalam mungkin. Fantasinya akan terus berkembang, sampai dia yakin bahawa orang itu adalah pasangan hidupnya dan mereka seharusnya hidup bersama sehidup semati. Hiii, seram!
Penyakit erotomania ini boleh berkembang kerana kurang perhatian yang diterima seseorang di masa kecilnya. Sering gagal membina hubungan juga boleh memperkuat timbulnya penyakit ini. Selain itu, perasaan sebagai seorang loser yang dihidapi di masa kecilnya juga boleh menyebabkan timbulnya penyakit ini.
Nina, 28 tahun, yang pernah mengidap erotomania tahap rendah, mengakui bahawa ketika usia remaja dia kerap mengalami kegagalan dalam percintaan. “Biarpun hubungan selalu kandas, saya tak serik jatuh cinta. Saya masih yakin lelaki-lelaki itu masih mencintai diri saya walaupun mereka tidak mengucapkannya secara terus-terang.”
Penderita erotomania, terutama yang ada di tahap akut tidak boleh disembuhkan hingga kembali. Namun penderita yang belum sampai ke tahap ekstrim masih boleh ditolong dengan menggunakan behavior cognitive therapy. Terapi ini digunakan untuk meruntuhkan ide-ide bahawa dia dicintai oleh orang-orang tertentu, selepas itu fantasinya dikembalikan pada realiti. Bila keadaan sudah terlalu parah, penderita akan dibantu dengan ubat-ubatan kesihatan, seperti anti tekanan supaya lebih tenang.
Ironi
Berbicara soal erotomania pasti akan menyangkut soal percintaan, meskipun bukan dalam konteks seksual. Penderita erotomania tidak pernah berfikir secara seksual terhadap objeknya.
Biasanya dia hanya percaya bahawa suatu masa nanti dia boleh menikmati saat-saat romantis bersama objeknya. “Saya tahu bahawa kami tidak bercinta. Tapi saya kerap berfikir kalau suatu hari nanti dia akan mengajak saya ke restoran mewah untuk candle light dinner. Saya juga percaya dia akan mengirimkan saya jambangan bunga setiap hari. Bahkan saya berfikir kalau suatu hari nanti kami akan berkahwin,” ujar Soraya, 25 tahun, penderita erotomania yang lain.
Umumnya penderita erotomania berfikir bahawa si objek mempunyai fikiran yang sama dengan dirinya. Jadi dalam benak si erotomania, mereka seakan-akan telah melakukan komunikasi walaupun dengan cara yang tidak langsung.
Untungnya keadaan ini tidak diperparah oleh kenyataan bahawa pengidap erotomania tidak pernah mengarah pada hal-hal yang bersifat seksual. Buat seorang erotomaniak, semua orang yang bersikap baik terhadap dirinya bererti jatuh cinta kepadanya.
Para erotomaniak juga akan berusaha melakukan komunikasi dengan si target. Misalnya mengirimkan surat, e-mail, sms, menelefon atau mengirimkan berbagai macam hadiah. Erotomaniak dikatakan berada di tahap akut bila dia sudah tidak boleh membezakan antara khayalan atau kenyataan.
Satu contoh kes yang cukup parah, suatu ketika ada seorang erotomaniak yang tidak boleh menerima bahawa objeknya itu mencintai dan berkahwin dengan orang lain. Dia lalu melakukan tindakan-tindakan kriminal, seperti melukakan diri sendiri, menyeksa, dan yang paling ekstrim adalah membunuh.
Dikatakan bahawa ramai wanita jadi pengidap penyakit ini. Boleh dikatakan, secara naluriah wanita senang merasa dibantu. Sifat semulajadi wanita yang peka dan sensitive membuat mereka merasa memerplukan bantuan, walau tidak mengungkapkannya secara jelas.
Penyakit ini sesungguhnya tidak boleh dihindari, kerana jatuh cinta adalah hal yang manusiawi. Memang, manusia normal seperti kita boleh mengendalikannya. Tapi tidak bagi mereka yang mempunyai keadaan kejiwaan yang rentan akibat trauma masa kecil. Perasaan berlebihan ini boleh berkembang membabi buta bila tidak segera ditangani dengan baik dan benar. Jika hal ini terjadi di sekitar anda, segera hulurkan tangan!

No comments:
Post a Comment